Thursday 25 July 2013

Ramadhan Al mubarak

salam..
masih lagi keseorangan disini..
Aku janji!!! aku tetap setia menanti ye..untuk kamu semua wahai follower..hahaha

entry kali ini bole dikatakan ketinggalan keretapi..da nak masuk 17 Ramadhan lor, baru nak up pasal Ramadhan.sory le kemalasan yang telah disengajakan.  Tiap2 hari pasang niat dalam hati nak updated blog selepas berbuka..nonado ye..wayang je kata nak tidokan anak tapi dengan aku2 sekali yang hanyut bersama mimpi yang tak sudah2..sedar2 da masuk waktu bersahur..Gamaknye la kan..

Ramadhan pada tahun ini sangat2 berbeza dengan Ramadhan tahun2 yang lalu selepas aku bergelar ibu. Sebelum ni sahur dan berbuka setia bersama dengan incik bos terchenta..tahun ni macam chipsmore..kejap incik bos ada kejap tak de.  Efective bulan 5 hari tu dia perlu bekerja selama 12 jam..so time dia cuti je la yang bole makan secara berjemaah..selebihnya makan sambil berlari dengan anak2..soooo sweet makan secara tak senonoh tetapi secara tak sengaja..bole ka? tengah sedap2 berbuka, puteri chomel yang baru je masuk setahun jagung umurnya da melompot2 dengan gembiranya diatas sofa yang empuk itu tanpa bole memikirkan bahaya yang akan menimpa.semestinye mak ko yang wajib fikirkan...haishhh berderau darah mak ko nak oi..takutttt jatuh sayang! bukan takut sofa patah ye.dia relaks je..baru nak sambung makan puteri sulung pula terjerit2.ibuuuuu air tumpah.berlari2 anak aku gi cari kain buruk.datang balik tengok puteri chomel sedap je da main tepuk2 air yang tumpah tu..pitam okey!

Menu bersahur rasanya lebih meriah berbanding dengan berbuka..itu pun kalo incik bos ada. kalau dia keje setakat air masak 2 gelas tu pun dah rasa sodap..berbuka selalunya incik bos taknak makan nasi..jaga badan la konon..bagus juga jimat tenaga aku nak masak.makan je la ape yang tersedia..itu pun kalo malas juga nak masak jom kite berbuka umah mak adik.macam2 ado.tibe2 rasa masakkan mak la yang paling sedap dalam dunia ni.hahaha memang dasar menantu hantu.

Setakat hari ini, persiapan raya banyak yang aku da setel.hasil pencarian baju anak dan baju incik bos telah pun selesai..no more tambah2..cukup berhemah aku berbelanja tahun ni..kuih untuk mak milah pon dah.jimat sangat beli kuih kedai anneh je kat office.lantak la tak sedap pun. untuk rumah aku sendiri, tetamu yang datang aku akan jamu dengan masakan panas je..class ko jah! bole cover balik bekas kuih aku yang kosong tu.harap2 tak de yang berani2 tanya mana kuih raya..maap ye tema rumah saya untuk raya tahun ni masakan yang panas2 je...hahaha

Mood nak raya sebenarnya tak berapa nak ada..tapi bila datang office rasa malas je nak wat keje..mula lah salahkan suasana nak raya.tak bole nak buat keje.teringat akan ketumpat dan rendang..oh tifuuu! hari2 malas..malas...malas...aku malas ye!jangan salahkan ku tapi salahkan mu..semua kerana penangan incik bos yang tak dapat nak bercuti raya..means..aku balik kampung sendirian bersama anak2..ohhh ini bole mendatangkan pergaduhan besar..tapi relakssss...wa cool ok..wa nak jadi isteri soleha.jadi wa cakap, " takpela abang keje la.nak wat camne..tapi pas raya ayang nk shopping..tolong taja ye" hahaha nampak tak permainan dio..dasar!

Tapi disebalik kesibukan incik bos aku dapat rasa kenikmatan hikmah yang Allah beri..Masa dulu incik bos banyak bantu aku untuk uruskan anak2..aku kena kemas umah dan masak2 jadi anak secara tak langsung akan lebih rapat dengan incik bos..bila incik bos dah mula busy la sgt dengan kerja dia aku lebih banyak masa nak diluangkan bersama anak2. Salah satu doa Allah telah kabulkan..aku pernah berdoa agar aku dikurniakan dengan naluri keibuaan yang tinggi agar aku dapat menjaga anak dengan seikhlas mungkin dan penuh dengan kasih sayang..touchingnye!! teringat kat mak milah yang bersusah payah membesarkan aku dengan penuh kesabaran..baru aku tahu ape yang dia rasa bila aku mula buat perangai degil nak mapuih tu..waaawaaawaaa tetibe rindu nak balik kampung..



No comments:

Post a Comment