Monday 25 January 2016

Muhasabah Diri

Bila berlaku sesuatu malang yang tidak dijangka dalam hidup, please lah stop untuk menyalahkan orang lain atau bla..bla..bla..so what to do?????

Muhasabah Diri sayang!!!

*Lihat Solat Kita Bagaimana?
*Lihat Aurat Kita Bagaimana?
*Lihat Mulut Kita Bagaimana?
*Lihat Apa Kita Buat Pada IbuBapa Kita?

Ok Noted!! ;)

Wednesday 22 January 2014

Tengok je..terliuq plis jangan!

Aku hidangkan mata2 kamu dengan cite2 basi lg..yg pasti hidangan ni tak basi lg la masa dijamah raya 2013 ari tu.kah2. dengan berbekalkn keyakinan berani sesangat ingin aku katakan masakan dibawah telah memenuhi tema raya aku thn 2013..well,atenye masakan panas kan! Kuih muih non ado..ketupat rendang apatah lg..dah puas mkn ketupat kat umh mak. Umh sendiri hidang benda lain lerrr..amboi2..kelas kan ko jah!sedap nk matik.boooo..(maafkan sy ye..br perasaan terlebih riak la pulak)

dimulakan dengan Bismillah..yam2 puding oreo yg lemak berkrim


siakap steam yg penuh dgn sampah sarapnye

Tak tau ape ker namanye..air tgn brother in law..not bad

Ikan bawal masak sweet sour n ikan yg sebelah sana dah tinggal sekerat je..telah selamat dijamah oleh nenek sebelum sempat aku capture.

Alhamdulillah sambutan raya 2013 disambut dlm keadaan yg sederhana tanpa berlaku sebrang pembaziran..maklumla kurang sket keterujaan nk sambut raya cz incik bos keje...maka dengan itu aktiviti shoping menyoping yg terlampau dpt di banteras dengan jayanye..nextt yearrr punye raya i tak jamin okey! Keh2...incik bos sila lah bersiap sedia dr semua segi dan absolutely pulusnye..isteri mu dah ada mcm2 planing dlm kepala untuk raya 2014 insyaallah.


Thursday 25 July 2013

Ramadhan Al mubarak

salam..
masih lagi keseorangan disini..
Aku janji!!! aku tetap setia menanti ye..untuk kamu semua wahai follower..hahaha

entry kali ini bole dikatakan ketinggalan keretapi..da nak masuk 17 Ramadhan lor, baru nak up pasal Ramadhan.sory le kemalasan yang telah disengajakan.  Tiap2 hari pasang niat dalam hati nak updated blog selepas berbuka..nonado ye..wayang je kata nak tidokan anak tapi dengan aku2 sekali yang hanyut bersama mimpi yang tak sudah2..sedar2 da masuk waktu bersahur..Gamaknye la kan..

Ramadhan pada tahun ini sangat2 berbeza dengan Ramadhan tahun2 yang lalu selepas aku bergelar ibu. Sebelum ni sahur dan berbuka setia bersama dengan incik bos terchenta..tahun ni macam chipsmore..kejap incik bos ada kejap tak de.  Efective bulan 5 hari tu dia perlu bekerja selama 12 jam..so time dia cuti je la yang bole makan secara berjemaah..selebihnya makan sambil berlari dengan anak2..soooo sweet makan secara tak senonoh tetapi secara tak sengaja..bole ka? tengah sedap2 berbuka, puteri chomel yang baru je masuk setahun jagung umurnya da melompot2 dengan gembiranya diatas sofa yang empuk itu tanpa bole memikirkan bahaya yang akan menimpa.semestinye mak ko yang wajib fikirkan...haishhh berderau darah mak ko nak oi..takutttt jatuh sayang! bukan takut sofa patah ye.dia relaks je..baru nak sambung makan puteri sulung pula terjerit2.ibuuuuu air tumpah.berlari2 anak aku gi cari kain buruk.datang balik tengok puteri chomel sedap je da main tepuk2 air yang tumpah tu..pitam okey!

Menu bersahur rasanya lebih meriah berbanding dengan berbuka..itu pun kalo incik bos ada. kalau dia keje setakat air masak 2 gelas tu pun dah rasa sodap..berbuka selalunya incik bos taknak makan nasi..jaga badan la konon..bagus juga jimat tenaga aku nak masak.makan je la ape yang tersedia..itu pun kalo malas juga nak masak jom kite berbuka umah mak adik.macam2 ado.tibe2 rasa masakkan mak la yang paling sedap dalam dunia ni.hahaha memang dasar menantu hantu.

Setakat hari ini, persiapan raya banyak yang aku da setel.hasil pencarian baju anak dan baju incik bos telah pun selesai..no more tambah2..cukup berhemah aku berbelanja tahun ni..kuih untuk mak milah pon dah.jimat sangat beli kuih kedai anneh je kat office.lantak la tak sedap pun. untuk rumah aku sendiri, tetamu yang datang aku akan jamu dengan masakan panas je..class ko jah! bole cover balik bekas kuih aku yang kosong tu.harap2 tak de yang berani2 tanya mana kuih raya..maap ye tema rumah saya untuk raya tahun ni masakan yang panas2 je...hahaha

Mood nak raya sebenarnya tak berapa nak ada..tapi bila datang office rasa malas je nak wat keje..mula lah salahkan suasana nak raya.tak bole nak buat keje.teringat akan ketumpat dan rendang..oh tifuuu! hari2 malas..malas...malas...aku malas ye!jangan salahkan ku tapi salahkan mu..semua kerana penangan incik bos yang tak dapat nak bercuti raya..means..aku balik kampung sendirian bersama anak2..ohhh ini bole mendatangkan pergaduhan besar..tapi relakssss...wa cool ok..wa nak jadi isteri soleha.jadi wa cakap, " takpela abang keje la.nak wat camne..tapi pas raya ayang nk shopping..tolong taja ye" hahaha nampak tak permainan dio..dasar!

Tapi disebalik kesibukan incik bos aku dapat rasa kenikmatan hikmah yang Allah beri..Masa dulu incik bos banyak bantu aku untuk uruskan anak2..aku kena kemas umah dan masak2 jadi anak secara tak langsung akan lebih rapat dengan incik bos..bila incik bos dah mula busy la sgt dengan kerja dia aku lebih banyak masa nak diluangkan bersama anak2. Salah satu doa Allah telah kabulkan..aku pernah berdoa agar aku dikurniakan dengan naluri keibuaan yang tinggi agar aku dapat menjaga anak dengan seikhlas mungkin dan penuh dengan kasih sayang..touchingnye!! teringat kat mak milah yang bersusah payah membesarkan aku dengan penuh kesabaran..baru aku tahu ape yang dia rasa bila aku mula buat perangai degil nak mapuih tu..waaawaaawaaa tetibe rindu nak balik kampung..



Monday 15 July 2013

Truly Aida Rose

I am truly Aida Rose pemilik sah kepada Blog ini.
Assalammulaikum dan salam perkenalan.terasa seperti janggal untuk berbicara cz terasa sewel bila bicara seorang diri tanpa follwer jauh sekali followers.haha..diakui blog ini bukan blog pertama dan tiada jaminan atau gerantor yg berani mengatakan ini blog terakhir dari aku.Insyaallah aku akan cube Belaja untuk lebih setia selepas ini..

Kewujudan blog ini memberikan aku lebih kunci kebabasan untuk menulis dengan lbih jujur. diharapkan blog ini bukan dikatogerikan sebagai blog sampah dan diterima seadanya ia.

Aku menulis bukan kerna nama dan juga bukan kerana Ringgit Malaysia sebagai matlamat utama.pertama aku perlukan kawan di alam maya yg bole berinteraksi  lbh jujur dan bukan plastic..tak kenal maka tak chenta da kenal tak mungkin bole berchenta...hahaha chenta hati sesama manusia untuk si dia sorang incik bos selaku suami terchenta.keduanya aku ingin mencabar diri sendiri yg diakui seorang manusia yg blh dicalonkan sebagai manusia yg plg bohsan dlm dunia ini kerana mempunyai keyakinan diri yg sgt hampeh.naik meluat dengan perkataan eh takut la.tak nak la.boleh ker?eh rimas ok..ketiganya blog ini mungkin bole jd kenangan di hari tua yg akan dibanggakan kepada cucu2 sekalian..agaknya ramai kot cucu aku..kalo anak pun nak ramai cucu diharap berganda2 ramai lg.amin..keempatnya sebagai tempat untuk berkongsi ilmu.ye la kdg2 kita ingat semua bnda kita expert tapi rupenye bnyak benda lg yg perlu kite update. kelima adalah kesemua alasan diatas td diulang2x semula dgn jayanya..haha cukup sudah! pecah pale hotak nk fikir pelbagai alasan untuk merasakan diri aku layak untuk berblogging..ler sangat! bulan puasa ni perlu simpan tenaga byk2 supaya tak lemau hingga wktu berbuka nanti.

Meq toq begheq tu pe?Entah lor aku kurang mengerti.bila tanya kt kwn2 ofice dr pantai timur maksudnya budak pendek yg suka ckp meleret2..haha diakui tu aku ler kot..masa zaman blaja dulu kat poli tanjong malim best friend ada dikalangan org pantai timur.panggil aku mek tok begheq..bole aku pun melayan..redha je kan..padahal xtahu maksud..la ni da tahu Pun aku tetap redha..tersenyum sendiri akhirnya dgn gelaran yg sungguh puaka tu.kalo x tabah mahu terjun katil aku..oh my best friend norly dan kusah..bersiap la korang eh.

aku just nk ucap welcome to my new baby meqtoqbegheq.blogspot.com..selamat singgah ok wlupun untuk sesaat mungkin..I will love u like a song baby..huhu jgn berperasaan seorang diri.ini sungguh menakutkan..so cpt2 la jd my folllower la ye!